Tuesday 18 June 2013

USS Kata Nyer - Part 1

Assalamualaikum ~~

Apa khabar semua ? Sihat ? Semoga sihat selalu ye. Hmm, aku dah semakin malas nak tulis blog. Dalam hati macam dah berbelah bagi je antara nak teruskan ataupun lupakan je niat nak berblog ni. Nampak sangat cita-cita yang macam hangat-hangat taik ayam kan ? Puak pelampau betul ! Tapi ape pun, ku gigihkan jugak diri untuk meneruskan perjuangan ni. Nak simpan " Kenangan yang Mengusik Jiwalah " kata kan.. Huk alohh..

Kali ni nak cerita tentang kenangan berjimba di Singapura a.k.a Temasik. Niat hati nak jumpa parameswara tapi hampeh. Hilang entah ke mana, Hang Tuah pun tak nampak bayang. Melayu jelah yang tak hilang-hilang.. Takkan hilang di dunialah katakan. Haha.. Entah ape benda yang aku dok melalut ni. Ok, full stop ! Straight to the topic.

Actually trip ni dah lama dok plan dengan kawan-kawan sekolah aku, dari tahun lepas lagi. Tapi nak menjayakan misi ni tersangatlah dramanya. Sampai tahap nak rejam je sorang-sorang atau bahasa halusnya, sekor-sekor. Grrrr... geram tahap gaban aku dibuatnya. Tapi dah selagi namanya manusia, memang macam-macam ragamkan, terpaksalah menghadap jugak. So dari sini aku nekad, lepas ni takde dah istilah nak pergi trip berjemaah. Tak kuasa aku nak melayan perangai orang okey.

Aku pergi Universal Studio Singapore masa bulan 2 aritu ( 21-23/2/2013 ). Ahli jemaah seramai 3 orang je walaupun jemputan asal sebanyak 5 orang, pastu jadi 4 orang, pastu jadilah 3 orang. Tersangat syahdukan ? akulah orang yang paling syahdu tu.. Yelah wey, aku kot yang uruskan segala-galanya. Tup, tup.. jadi macam ni. Dahlah perkataan terima kasih pun takde, sape tak bengangkan ? kan ?? Tekanan darah rendah dibuatnya ! Haisshh.. Takpelah, benda dah lepaskan.. Tak yah dok kenang sangat.

Dengan drama tahap tak menang award ni, trip ni tetap diteruskan jugak. Hari jumaat gerak dari Banting ( popular kampung halaman aku..ahakss ) dan direct drive sampai ke JB. Kitorang ikut highway je, senang. Itu pun atas bantuan GPS. haha. Amek masa 5 jam jugak la nak sampai ke JB. Actually, nak pegi USS ni, aku just amek pakej je. Senang dan harga pun not bad. Korang pun tak yah nak pening-pening kepala nak study peta dan segala bagai. Lagi pun sebab harganya sangat berpatutan, aku rasa tak rugi pun kalo amek pakej ni, jimat dan tak memeningkan kepala. Aku amek pakej 3H 2M dengan harga RM360 je. Pakej termasuk 2 malam di hotel area JB ( New York Hotel, JB ) termasuk bekpes, tiket masuk USS, coach bus ke USS ( return ). Murah kan, kan ?? Hotel bukan hotel bajet ok, sebab tu aku kata murah. Kalo dikira-kira pergi sendiri, lebih kurang je pun harganya, dicampur pulak dengan nak drive masuk Singapore, ko mampu ? Tapi ni harga yang aku dapatlah since aku dah email dia dari tahun lepas lagi. Aku rasa sekarang macam dah naik RM20 untuk pakej ni. Tapi kalo ade yang nak contact no. aku boleh bagi.. Jangan segan silu untuk mintak ye.

Plan asal nak pergi USS sehari dan sehari lagi gerak ke Pulau Tioman, tapi nasib tak menyebelahi kitorang nampaknya, macam-macam peristiwa tragis.. haishh, la jebat. Anggaplah takde rezeki, maka terpaksalah aku menghalalkan duit yang terbang hangus dalam redha.. Amboi, bukan main bermadah lagi kan.. Hahaa.. Okay-okay, jangan melalut. Berbalik kepada cerita tadi. Dalam pukul 2, kitorang pun sampailah dekat Hotel New York, JB. Nama hotel bukan main nak gempak, musykil pulak aku dengan nama hotel ni. Korang musykil tak ? haha.. Bila dah sampai, terus ke lobi hotel untuk check in. Sekali masuk, oh mak ai.. ramainya orang.. Kesimpulan yang aku buat, orang-orang gomen memang ramai kat sini untuk berkhusus., memang port diorang kot.

Disebabkan checck in time pukul 2.30 petang, maka melangotlah kejap kat lobby hotel tu sementara tunggu dorang kemas bilik. Kawan aku sibok bergambar, nak buang waktulah kengkononnya..aku lak ? hmm.. tak kuase, dengan muka yang tah hape-hape tah.. Buat stress je kalo tengok gambar tu balik. Ok, dah pukul 2.30 tepat, aku pun pergi dekat receiptionist tu and kunci pun dah boleh amek.. Pe lagi terus masuk bilik la.. Yaaahhhhhhhoooooo !! ( saje nak popularkan yahoo, aik google je kan..hahaa ).

Hari ni memang takde aktiviti pape, masuk bilik memasing bantai tido. Dah panjang sangat berceritakan, aku bagi la review bergambar untuk hotel ni okay..

 
Oppss..larik tajuk da..hahaa..muka ahli jemaah mestilah kena ade kan.. =P
Basic things..wajib ada dalam bilik air.

nampak tak katil yang besar tuh ! lena tido, 3 orang sekali harung..kehkeh..

seat sebelah TV tu, kitorang buat port untuk iron baju..

bukti pukul berapa kitorang masuk ke bilik kekdahnya..( tahapehapetah ).

Silalah karang surat cinta..

View dari tingkat 17. Tinngi wey hotel ni..ade beberapa tingkat lagi ke atas.
Pukul 5 aku kejut semua bangun sebab perut aku dah lapor tahap gaban, nak tido balik pun tak boleh. Maka semuanya aku paksa bangun, mandi, solat dan turun pegi cari makan. Terseksa perut aku, aku kejut dorang dari pukul 4 sebenarnya.. ( T-T ) Nak cari tempat makan tak susah, dekat hotel ni pun boleh order tapi stardard harga hotel 3 bintang la kan harganya.. Boleh nanges kalo nak bayar nanti.. Kitorang decide pegi cari gerai makan kat luar. Depan hotel je pun. Nama kedai tu " Benafe Restaurant ". Harganya pun boleh tahan mahal. Aku order nasi goreng daging merah pun dah RM7. Mahalkan ? Pastu aku orderlah air teh o ais limau. Pun mahal gak. Tapi dia bagi aku teh o ais je, hadoii.. Malas aku nak bising-bising, aku nampak limau kat pinggan kawan aku tu, dia tak sentuh pun. So aku amik and perah kat air aku.. Jadilah teh o ais limau balik. Clever kan ? hahaa..jimat 20 sen tuh.

Dah kenyang perut, kitorang balik hotel dan pergi parking park. Naik kereta dan merayaulah pegi shopping complex yang terdekat. Dalam 10 minit kot kalo tak silap aku tapi dah lupa apa nama dia. Lokasinya, belakang hotel yang aku duduk je. Aku tak beli pape pun, setakat tengok-tengok. Konsep ala-ala Times Square tu tapi tak la murah mana pun. Dah penat pusing, balik hotel and tido.. Esok nak bangun pepagi..
tunggu next day punya citer kat next entry ye. Babai..



Dalam kekuatan menyambung entry yang dah sebulan tertunggak.
Yok, till the next !


No comments:

Post a Comment