Saturday 27 April 2013

Taiping - Day 2

Assalamualaikum ~~

Omaii..dah seminggu baru nak sambung balik citer hari ke-2 kat Taiping ni ye..ish, ish, ishh..Ni kes kesibukan melanda la gamaknya..huhu. Ok, hari ke-2 ni, kami plan nak pegi Bukit Larut a.k.a Maxwell Hill. Konon-konon misi nak daki bukit ni la..Oh, sudah tentu tidak ! Nak daki bukit ni boleh amek masa lebih kurang 4 jam kot nak sampai kat puncak tu, belum nak turun lagi kan..alamatnya mau tak ke mana-mana plak aku arini. So, lupakan je angan-angan tu, kami naik jep je nak naik atas tu.. 30 minit perjalanan gak la..Bukit Larut ni tak jauh pun dengan bandar Taiping, dekat area Taman Tasik gak. Kalau nak pegi sini naik jep, pastikan yang korang dah sampai kat sini dalam pukul 7 pagi. Lagi-lagi kalau musim cuti sekolah, lambat sesaat memang berputih mata la jawabnya..

Kami sampai kat sana lebih kurang pukul 7.45 pagi dan terus beratur nak beli tiket jep tu. Kami bukan la orang yang pertama sebab masa sampai tu je, dah ramai yang beratur..terkezut aku..gigih giler beratur sesubuh adam aii..hahaa..ade ke subuh adam ? Tapi Alhamdulillah, rezeki kami dapat gak tiket nak naik atas tu. Tiket tersangat la limited, kalau tak silap aku ade 3 trip je kot nak naik atas tu dengan bayaran RM6 sorang dewasa. Kami dapat trip yang pukul 10. Mak aih, mau melangot aku menunggu. Nak hilangkan bosan berposing la jap.

berposing dekat tugu Bukit Larut..eh, orang panggil tugu ke benda ni ? 


anggerik yang sangat la cantik.. pokok favourite aku.

Tak lama lepas tu, jep yang ke-2 pun dah ready nak gerak. Turn aku la tu, happy ko ! hehe.. Jep ni aku tengok kecik je pun tapi boleh muat sampai 9 orang. Kemusykilan tahap dewa di buatnya sekejap. 1,2,3...vrrooomm...glupp ! 

dah start perjalanan, boleh ketaq lutut habaq hang..pak cik ni drift okay !
Kalah Tokyo drift ye..giler bambeng la pak cik ni bawak. Toing, toing..tabik spring aku. Memang kena bawak laju pun sebab tahap curam dia mau cecah 33 darjah..memang dia tekan abis pedal minyak tu.. Lagi-lagi kat bahagian selekoh curam..geng belakang dah menjerit tak hengat..aku lak steady lagik..kuikuikui..pakcik tu sempat gak la bagitau yang bukit ni ade 180 selekoh ( kalo tak silap aku la ). Hmm, korang bayangkanlah sendiri keadaannya.

takde sunrise dah..hehe..
Dah puas gegor-gegor ( bak kata orang perak ) dalam jep tu, kami pun sampai ke puncak.. Yeah ! selamat tanpa sebarang kecederaan..hehe.

papan tanda
tak abis lagi trade mark 1 Malaysia tu..hehe

Rally jep yang kami naik tadi.

Kalau korang nak tengok view yang cantik lagi, kena jalan sikit ke atas. View kat atas bukit tu lagi cantik, ade pokok pine macam kat bawah ni. Kat tempat ni ade cafe tapi tak pasti operation hours dia.



Dah penat berjalan dan mendaki yang konon-kononnya tu, kami turun balik ke bawah tempat pak cik jep tu berhentikan kami tadi. Dah puas jalan, perut lapo la pulak..breakfast kat atas bukit la jawabnya..kelass gitu..ahakss..

bekalan yang kami angkut dari rumah.

perut dah kenyang, pusing keliling dan posing jap..huhu

nak gerak turun pulak.
Dalam pukul 11.45 pak cik tadi datang balik nak amek kami. Oh, lupa..pak cik tadi tak akan tunggu, dia turun bawah dulu, then naik atas balik bila sampai timing. Toilet aku tak pasti ada ke tidak kat sini sebab time tu tak rasa nak terkucil pun. Cuma kat atas ni ada disediakan homestay untuk kita menginap. Kalau reramai ok la kot tapi kalau setakat berdua, bertiga je nak duduk sini..baik toksah la..seram je aku tengok..haha.

Selesailah sudah aktiviti pagi, aktiviti petang pulak. Lepas je zuhur kami gerak pergi Muzium Perak dengan bayaran RM2 untuk sorang dewasa. Tak posing pun dalam ni, tahap kemalasan..sebenarnya sebab dah hilang mood. Masa tengah dok siap-siap tadi, tudung aku tak nak terbentuk la pulak..spoil habis..haisshhh..

salah satu part yang ada kat dalam muzium ni.

kawan aku yang comey..omaii.. ^^
Pusing kejap je kat dalam muzium ni pastu terus dan gerak ke Zoo Taiping lak. Honestly, aku memang suka sangat dengan Zoo Taiping ni kalo nak dibandingkan dengan Zoo Negara. Dekat sini pun tak banyak berposing. Dengan cuaca yang panas dan tersangat la ramai orang sebab cuti raya cina kan, lagi la membuatkan semangat dan keterujaan ku hilang begitu saje..ayat tak boleh bla..

kasi promote sikit.. " Tahun Melawat Perak "

patung orang utan ni sebijik sama dengan yang real kat dalam tu.

tengok..sama kan ! hehe..

Penat gak la tawaf zoo ni..besar tapi best, memang berbaloi kalau pegi.  Tekak pun dah haus, kami duduk lepak-lepak jap sambil minum air dan makan kopok lekor yang beli dekat gerai-gerai pejaja kat luar nun..seludup letak dalam handbag and bawak masuk dalam ni..haha..yang kelakar tu, kawan aku siap kena usha dengan beruk lagi sebab dia dok pegang tin minuman..bukan ada air pun. Aku nak tolong pun tak tau macam mana. Aleh-aleh dia letak je tin kosong tu kat jalan, berkejar beruk tu kutip..kesian ko beruk, takde air pun..

Kenangan, kawan aku bagi. Dia kata sebagai sourvenir dari Taiping.. Comeyy sangat !
Ni saje la untuk citer arini..nampak sangat malaskan..hehe.. Tapi aku tak malas sebenarnya, cuma hari ke-2 ni mood aku hilang.. tak pasti kenapa.. motip sangat aku kan ! =P

Panas la pulak. Pekena ayaq sejuk sat.
Till the next ya !














Sunday 21 April 2013

Ke Perak Kita !

Assalamualaikum ~~

Alhamdulillah arini tak busy sangat jadik boleh la bercerita panjang lebar sikit, ye dok ? Tahun ni aku takde long trip pun, ape tah lagi obersea trip..boleh caye ke ? ahakss.. So aku cerita la short trip aku ke Perak masa cuti raya cina yang lepas. Macam tertinggal ketapi pun ye gak ni..bulan 2 punya story, bulan 4 baru karang..hahaaa..Almaklumlah, dah nama pun orang baru nak berjinak dengan blog kan..gigih tau !

Actually, bukanlah trip sangat pun lebih kepada menziarah kawan baik aku je kekdahnya. Cuti raya cina aku memang dihabiskan dekat rumah dia je la. Sejak 2 tahun berkawan, barulah tahun ni aku dapat pegi rumah dia dan jumpa ngan family dia. Memang seronoklah.. Mana tak nya, tuan tanah baik hati sangat-sangat. Layan aku macam tetamu terhormat je..hehe..Malu tau ! ^^

Aku gerak ke Perak pada ari sabtu dari KL sentral. Tiket pukul 8.45 pagi, bukan main awal lagi aku beli, kononnya tak nak lambat sampai..Ha, amek ko ! pukul 5.00 pagi aku dah kena bangun. Terseksa woooo.. Disebabkan jarak dari rumah aku nak ke KL Sentral ni bukan la dekat, aku keluar rumah pukul 6.30 pagi. Lebih kurang sejam setengah gak la nak sampai KL Sentral ni, jadik dalam pukul 8 tu aku dah ada kat sana. Pagi-pagi memang takde selera lagi nak makan, so aku beli je la air botol dan roti buat bekal dalam train nanti. Senang sikitkan kalo dah beli awal-awal, tak rajin aku nak jalan-jalan dalam train tu. Lagi-lagi bila berkesorangan. Memang tak la jawabnya, tak kuase mak.

Macam biasa la kan, confirmlah train tu delay. Melangot la kejap kat situ.. Alhamdulillah, lebih kurang 20 minit berlalu, train pun tiba. Pe lagi, serbulah reramai ! Sat gi tertinggal train, tak sanggup aku. Korang sanggup ?

Aku amek sleeping coach. Ni kes seat untuk ke Taiping dah abis ye.. Tinggal ni aje, bedal je la.

Macam ni la rupa sleeping coach ye. 1st time merasa naik train yang sleeping coach punya.

Bed yang aku dapat ni tak best. Betul-betul sebelah pintu, jadik kalo orang lalu lalang kat pintu tu.. Memang sakit la hati aku, kepala aku and semua sekali la..Grrrrr..Bising ok bunyi pintu tu. Lagi-lagi yang dah bukak tapi tak reti nak tutup. Bunyi bising enjin train dan kawasan persekitaran sangat la jelas nyata. Mau berbakul-bakul aku menyumpah dalam hati.. Haisshh.. -_-' So, korang kalo time beli tu pastikan tak dapat yang sebelah pintu ye.. Aku ni sebab kes dah takde pilihan.


1,2,3.. buummmm.. Qada' hajat..hehe.. tapi sekejap je la pun, bila dah masuk pukul 10 tak boleh tido dah. Macama mana nak tido, panas campur bising ! Layan la makan roti yang dibeli tadi.

Ni view kat dalam sleeping coach. Semua orang pun buat hal masing-masing. Ramai chinese masa ni, almaklum la.. nak balik raya. Hehe..

Tapi time ni sadis betol. Kebetulan aku dah bangun tido, maka terdengarlah perbualan sorang makcik ni ngan husband dia. Boleh plak dia kata camni, " Eh, naik train pun nak mengade berkatil bagai. Dah macam orang sakit je.. " hadoooiiii..memang aku sakit wey, sakit hati ngan ayat ko ! Grrrr.. nasib baiklah makcik kan, kalo budak-budak yang cakap cam gini, mau ku tampar mulut dia..

Ta daa.. Dah sampai kat stesen Taiping. Alhamdulillah, lepas seksa duduk lelama dalam train tu. Dah macam ayam berak kapur. Tak tau nak buat lagi, 5 jam tu..

Aku sampai dalam pukul 2 lebih kot, kalo tak silap. Walaupun schedule asal, sepatutnya aku sampai pukul 1 lebih..hahaaa.. biasalah kan. Kawan aku memang dah sampai awal kat stesen ni. Excited betol dia tunggu aku. Aku turun je dari pintu train, memang dah terus nampak muka dia..So, bermulalah sesi jejak kasih..Salam-salam dan peluk-peluk bagai.. Hehe.. Rindu tau ! Hmm, memang tak tunggu lama, lepas dah salam-salam terus gerak pegi rumah dia. Kalo dari stesen ni, dalam 10 ke 15 minit gak la jaraknya. Dekat kan ?

OK, tak nak cerita panjang sangat. Nanti jenuh lak nak baca. Aku pendekkan je la ye..Lepas dah makan tengahari dan solat semua, aku dan kawan aku pun siap-siap nak pegi pusing-pusing bandar Taiping. Time nak keluar rumah, langit memang dah gelap. Tawakal je la, kalo nak dikira-kira tentang cuaca, mau tak gerak ke mana-mana pulak kang. Kami decided nak pegi Taman Tasik Taiping ataupun dikenali jugak sebagai Lake Garden di Taiping ni. Memang best la rumah member aku ni, strategik betul. Jarak dari rumah dia dengan Bandar Taiping ni, cuma lebih kurang 10 ke 15 minit je.. Untung sangat. Kalo rumah aku kat sini, memang hari-hari aku pakat pusing kat bandar Taiping ni. Hehe.. Kita layan gambar ye.

Cantikkan pokok ni ? teruja tau.. hehe

View ni pun cantik. Time ni memang ramai pasangan pengantin yang tengah photoshot.. Tetiba aku pun tumpang pasang angan-angan sekaki, dua kaki dan berkaki-kaki..ahakss @-@


Pokok-pokok ni memang dijaga rapi oleh Majlis Perbandaran Taiping sebagai daya tarikan pelancong sama ada dalam atau luar negeri. Memang jadi hot spot tourist pun. Rata-rata pokok ni semua dah cecah beratus-ratus tahun tau. Subhanallah..
 
Gigih kau mengayuh benda alah ni, dengan harapan dapat turunkan berat berkilo-kilo.. motip sangat !

Ni lah destinasi yang kami nak tuju sebenarnya..Aktiviti kayuh Swan Boat, dekat je dengan lake garden ni. Satu kawasan la camtu. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM6 untuk dewasa, kanak-kanak tak ingat tak amek tau sebernanya..ye la, kami datang kan single je memasing..haha..Bayaran tu untuk kayuhan selama 30 minit tau..kalo lebih dari timing tu, extra charge la ye..

Suka tengak swan boat yang ni..kaler bendera Perak gitu..hehe
Kami..masih excited lagi kayuh boat ni.

Luas gak nak pusing tasik ni tau, mau semput dibuatnya. Malang tol kami time ni, dapat boat yang tak best. Bergerak sangat slow..puas kayuh macam nak gile..Grrrrr.. Sekali salah teknik da.. untuk pengetahuan korang, sila jangan kayuh lelaju paddle boat ni ye.. Korang kena guna pakai konsep " Slow & Steady ", baru dia boleh bergerak laju..manja tau ! tapi hakikatnya memang boat kami problem pun..dah kayuh manja-manja pun slow gak dia gerak.. tension sekejap.. Tetiba tengah dok gigih mengayuh tu... bbuuuurrrrr... Amek ko, hujan lebat.. dah la kami kat tengah-tengah tasik masa tu.. nak buat u-turn balik, tak boleh.. Teknik tak menjadik. Sudahnya, redha je la mengayuh dalam hujan.. T-T tengok gambar kat bawah tu, bukti. Kami tak tipu tau..hahaa..

Hujan yang membasahi bumi, tasik dan kami.. hohoo..

Memang tabik spring betol kat diri sendiri. Gigih mengayuh dalam hujan sampai hujan berhenti nak tunggu kami sampai kat jeti boat tu..ish, ish, ishh.. Dah sampai kat jeti, baru je nak parking boat tetiba owner dia bagi kami main lagi..kami pandang sesama sendiri..gilak la nak bagi kami main free, memang tak lepaskan peluang..hahaa.. pusing la lagi kat tasik ni..dekat sejam lebih gak la ngayuh ( agak-agak bape kilo dah turun ??? hahaa ). Dah puas main, nak return la boat tu kan.. tetiba owner dia cakap, takpe main la lagi.. Ah, sudah ! Biar betik, pisang, durian, semua la.. Pe hal lak dia nak bagi kami main lelama ni..padahal yang lain tengah dok berbaris bayar nak main..Sepakat buat andaian, sebab kami cantik kot tu yang nak bagi free je..hahaa.. Tapi takde nya la nak main lagi..cukup-cukup la tu kan.. Sebelum balik, dok ucap beribu-ribu terima kasih kat owner dia.. hensem tau, chinese.. ooppsss..hahaa  ^^

Seluar yang tadi basah pun dah kering. So, pikir lagi nak pegi mana.. kebetulan ada pasar aritu jadik kawan aku bawak pegi pasar malam kat Changkat Jering.. Macam-macam ada tau kebanyakannya jualan ikan kering dan ikan masin..Boleh la borong bawak balik kat mak kan..Tapi tak beli pun..
 
macam-macam hasil laut.

Besar betol ikan masin ni..

Dah penat pusing-pusing kat pasar malam ni, pe lagi terus la balik. Tak larat dah. Habislah cerita hari pertama kat Taiping ni..tunggu next lak ye..daa..


Jom tido, ngantuk.
Till the next ya !











Saturday 20 April 2013

Hari ini dalam KENANGAN


Assalamualaikum~~

Alhamdulillah, arini tertunai jugak hajat yang sekian lama terpendam. Ececeh..macam ape je kan. Hmm, memang hari ni confirm merupakan Hari Ini Dalam Kenangan atau ayat standard yang orang selalu guna pakai.." Hari Ini Dalam Sejarah "..hahaa..mana idok nya, buat pertama kali aku berblog sepanjang umur yang dah berpuluh tahun ni ( macam la tua sangat kan..hehe ). Tapi kalo dibandingkan dengan umat yang sebaya dengan aku, memang aku ni kira purba la kot..purba dengan IT..hohoo..sadis T-T

Tapi ok la kan..at least ada la jugak bak kata orang dulu-dulu, it's better late than never..kelasss gitu orang dulu-dulu kan ?? haha..Ni pun dalam kegigihan aku belajar nak buat blog ni setelah diberi sokongan padu oleh peminat-peminat. ahaks..muntah darah dengar.. Member aku pun de gak tanya, kenapa aku tetiba tergerak nak buat blog ?
aku bagi reason kat bawah ni ye :

1) Terpengaruh - sebab aku dah terpengaruh dengan blog-blog yang aku dah pernah baca sebelum ni. Walaupun masa zaman muda dulu, aku macam berfikiran konservatif sikit dengan teknologi ni..hahaa.. ( kuno gile pemikiran aku ).

2) Saranan - ha, yang ni sejak zaman aku study dulu. De sorang lecturer ni selalu je bagi saranan untuk student dia buat portfolio diri. Dia kata, portfolio ni bagus. Boleh jadi sumber rujukan diri untuk memperbaiki diri dan semestinya untuk simpan semua kenangan hidup kita.." Kenangan Mengusik Jiwa " la kata kan.. ^-^

Aku rasa cukup la sekadar ni saje untuk post pertama aku a.k.a post percubaan kot. Next entry baru boleh karang panjang-panjang..

Selamat Berblog Buat Aku.. =^^=