Saturday, 29 June 2013

USS Kata Nyer - Part 2

Assalamua'alaikum ~~

Hello, hello.. Ada orang tak ? Hari ni aku dalam mood keceriaan, baru semangat nak sambung citer kan ? Hahaa.. Ceria takat mana la pun, dah aku ni lone roger kekdahnya.. Haip, haip.. cip ! ( sambil bayangkan watak Ibrahim Pendek dalam citer Ali Baba.. ) ngehh..

Ok, meh aku sambung balik citer dari PART 1. Ni merupakan hari kedua di JB. Pagi-pagi dah bangun, awal lagi tu. Semangat nak berjimba la kata kan. Seperti biasa, aku akan memainkan peranan sebagai Mak Tiri ye, mengejutkan anak-anak ayam tu bangun. Dah tentulah korang bukan Cinderella kan..hahaha.. Pukul 5.30 aku dah kejut, amek ko.. Tapi dorang ok je, jenis tak liat pun bangun awal. Ni aku memang puji korang, kalo jenis yang liat ni.. Memang mati sorang-sorang aku buat jeritan puaka. Tension tau tak kalo mengejutkan orang ni. Huh !

Dah siap mandi, solat and bersiap-siap, kitorang pun turun bawah untuk breakfast. Sampai dekat cafe hotel ni, ingatkan kami lah yang paling awal sebab baru pukul 7.15 kan, sekali tengok..ha, amek ko.. dah penuh pun kat bawah tu. Kan semalam aku cakap orang-orang gomen yang ade kursus kat area sini. Memang muka dorang je la yang meramaikan.. Aku tak makan sangat pun kat sini, kawan aku je yang breakfast. Almaklumlah, perut puteri kan.. PITAM ! -_-'

Aku ni jenis yang tak boleh terima makanan pagi-pagi, nanti macam-macam masalah yang bakal timbul. Sudahnya aku minum and makan cereals sikit. Tu je yang mampu, tu pun puas aku brain wash otak aku ni dengan berkata : " makan, makan..membazir, rugi tau..mahal tu bayor. " Tapi ko ingat otak aku termakan ke dengan kata-kata tu.. TAK ok ! hahaa..

Selapas makan dalam pukul 8 macam tu.. Aku dah standby dengan kawan aku tunggu dekat lobi. Kitorang kena tunggu bas yang nak angkut kami ke Singapore. Sementara tunggu ahli jemaah yang lain, kami isi siap-siap kertas putih ( embarkation card..betul ke ejaan ? ) untuk kemasukan ke Singapore dan seperti biasa, bergambar dulu dekat lobi hotel..lol.. Nasihat aku, korang memang kena tunggu awal kat lobi sebab tempat pukul 8.30 pagi bas memang akan terus gerak dan tak tunggu korang ye.

Tapi time kitorang special case sikit, dalam pukul 9.20 pagi, bas baru bergerak.. yeah ! suke, suke.. Padahal dalam hati aku dah menyumpah-nyumpah orang yang lambat tu. Amek ko, tekanan tau tak tunggu ko lelame..Grrrr.. Perjalanan dari hotel nak ke USS ni, amek mase lebih kurang 1 jam kalo tak jam teruk. Tapi time ni, waktu orang bekerjakan memang banyak kete la. Walaubagaimana pun alhamdulillah, tak jam teruk.. sepoi-sepoi bahasa je.. Sampai dekat Woodlands, turun dari bas and pergi imigresen. Jalan kaki je ye sebab dekat je pun. Selangkah kaki dah sampai dekat imigresen Malaysia. Pastu lari-lari anak ala-ala sai'e tu dah jumpa imigresen Singapore lak. Takde peluh pun..hehe.. Semuanya berjalan lancar.. Dan berjaya masuk Singapore..Horeeyyy !!

selamat menebusi tembok imigresen Singapore..
Imigresen Woodlands..
Kami bertiga berjaya jejak kaki ke USS pada pukul 10.30 pagi dengan gaya lenggang kak limah. Senang je, tak payah nak susah-susahkan diri nak drive bagai. Lagipun misi utama memang USS je kan. Seperti biasalah bila dah sampai ni, benda pertama yang WAJIBUL GHUNA untuk semua orang-orang kampung dan rakyat jelata buat adalah...

bergambar dekat globe ni.. hahaha..
wahai orang-orang kampung, kami dah sampai ni ! ngehh..
lagi..
dan lagi... hahaha
hahaha..ko mampu. Tangkap gambar dekat globe ni je pun dah dekat sejam. Giler betul ! Dah puas hati memasing, teruslah masuk dalam untuk berjimba, beronggeng dan segala macam yang dipikirkan patut buat..hahaha.. Moh layan citer bergambar pulak. Mesti dah penat baca citer aku kat atas yang panjang berjela tu kan ?? hehe..

Melangkah ke dalam USS dengan penuh cofident bergaya. Retis la kata kan. Caakk..
Time kami pergi ni memang tak ramai orang tapi jangan salah paham pulak. Maksud aku bukan peak day la, tu sebab aku nak masuk hari jumaat. Bayangkan kalau hari sabtu ahad, ko sanggup ?? Aku terus terang cakap, memang tak sanggup. Dah la ramai, dengan panas pulak lagi.. Boleh spoil mood aku je nanti. Lupa pulak, bercakap pasal panas ni.. Pastikan korang kalo nak datang, bawak sunglass siap-siap. Ia bukan sekadar untuk bergaya tapi untuk menjaga mata anda juga dari terkena juling itik, juling air, dan segala macam tok nenek penyakit mata la.. sebab sangat panas tau.. otak pun boleh menggelegak dibuatnya.. makan otak dia, makan otak dia..haha..

Kalau dah jejak je kaki atau melangkah masuk ke dalam, pastikan yang korang amek guide pamplet. Bukan apa, pamplet ni ada map and guide untuk tourist explore kawasan sekitar. Dengan keluasan ( sila google sendirik ) mampu ke korang nak patah-patah balik ? mesti tak kan ? so, inilah gunanya pamplet tersebut.. Sila utilize sebaik mungkin..hehe.. Dalam USS ni terdapat 7 zone iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Way dan Madagascar dan setiap zone ada attractions yang tersendiri. Kat bawah ni aku citer by sequence zone yang aku pergi ye.

1. Hollywood

boleh bergambar dengan hat dia..nampak tak yang aku pakai tu ?
Kalo nak abadikan gambar dengan menggunakan pelbagai jenis camera. Yang penting, harga memang mahal.

2. New York

Kat sini ade lah tempat mascot Sesame Street.  Terasa seperti kembali ke alam kanak-kanak ribena je.. Muda yang belum mumayiz kekdahnya..motip sangat ! hehe..Mula-mula tu, bagai di angin lalu je dekat sini..tangkap gambar lebih kurang kat tepi-tepi jalan tu, pastu terus pergi next zone. Memasing pun belum dapat mood, maka suci lagi time ni.. haha.. Bila dah masuk tawaf yg kedua.. ha, tu dia.. tak hengat.. hahaa.

Kat dalam ni ade ride sebenarnya. Sesuai untuk family yang ada anak kecik. Tapi kitorang bedal je naik.
Yellow cab. Boleh la kot mintak antor sampai Ayer Itam. Huahuahua..
Nak Cookies ? pergi serbu cepat !

Limited Edition. Pakai cheong sam lagi tu ( cheong sam ke ? ) Kelasss..
Ronggeng bersama.. hehe..
FM yang boleh diborong sebagai koleksi peribadi.
dan borong lagi..
Rank : Masih boleh layanzzz.. =)

3. Sci-Fi City

Attraction : Transformer Ride
Sebelum pergi mestilah dah riki-riki kan  ape yang patut/mesti cuba bila dah sampai sini. Aku pun sependapat dengan yang lain, rider ni WAJIB cuba. Sangat dan tersangatlah best nyer.. Tapi sayangnya, tak sempat repeat sebab masa pertama kali lalu sini, aku cari tempat ni tak jumpa, bila dah kali kedua tawaf baru perasan.



Attraction : Human and Cylon Ride
Memang superb !! bersebelahan dengan transformer rider. Kedua-dua ni aku try and aku ride dengan partner yang berbeza setiap satu tu. Sebab ape ? sebab anak-anak ayam tu takut..hahahaa..tu pun jenuh aku memujuk.. Aku ? gaya mutu keunggulan tu harus ade hokay walaupun hati dah macam tikus mondok.. huahuahua.. memang aku tak berani sangat pun, tapi dha bayarkan.. ingat sengget ke ? beratus tau, takkan nak pandang je.. NO WAY !! ha, nampakkan.. itulah pentingnya mind set a.k.a  brain wash.. Thriller kan aku dengan otak sendiri...huhu. Ni citer sikit perbezaan antara kedua-dua ride ni (ehsan dari pamplet ) :

Human ( RED track ) :  Zooming at speeds of 82.8km/h, this seated roller coaster narrowly avoids collisions as it twists, turns and propels you over 14 storeys into the air.

Cylon ( BLUE track ) : This suspended roller coaster goes up, around and upside down with an intense corkscrew and a cobra roll.

Hanya mampu naik dengan mata tertutup.
Giler jap..
Giler lagi.. aigoo.. -_- '
Rank : Giler tahap dewa..hahaa 

4. Ancient Egypt


Cleopatra ke ? hehe
Ni aku tak tau nak describe ape.. Firaun ? Musang ?
Tempat kat bawah ni  aku pilih untuk lunch.. hanya zone ni saje yang menyajikan makanan halal. Yang lain tu, pandang sepi je la. Lagipun, kat sini yang paling murah ( memandai je, padahal tak survey pun tempat lain ).. Memang kenyang makan, nasi pun banyak. Ayam bukan main besar lagi sampai tak terabis makan. Ye ke ? hehe.. duit tu, mesti kena habis kan..

* matilah, berkira abess..
Tempat lunch.. halal and thoyibah..





Antara set combo yang ade and jimat.
Ni aku amek set 4, besar giler portion dia.
Haruslah tayang botol air tu kan.. Kalo beli dengan set combo, murah sikit harga dia.

5. The Lost World

nak kena telan pun sempat berposing.. Sewel !
Tak berkesempatan naik..
Baby dinosaur yang boleh berkata-kata..

6. Far Far Away

Ni zone yang aku paling suka. Macam-macam karakter boleh jumpa kat sini. Aku siap berdoa lagi agar dapat jumpa and snap pic dengan satu Shrek.. hahaa.. Tah hape-hape, sampai berdoa bagai. Tapi betol, aku tak tipu. Memang aku berdoa wey..


See.. doa yang termakbul.. =)
Time ni memang rasa bersyukur yang amat sebab doa aku termakbul. haha.. Yela, mula-mula tu memang rasa dah tak dapat bergambar je dengan dorang. Fiona lalu depan aku, siap buat tak tahu.. Kecewa kejap. Pastu, kitorang pergi surau buat solat jamak dulu and kawan aku pun nak rehat kejap.. Masa solat tu, sempat lagi berdoa.. Motip sangat kan? hahaa.. Lepas dah selesai, keluar dari surau dan masuk balik Far Far Away ni.. Tetiba tengok kat satu sudut, ade ramai orang. Pergilah usha sekejap, sekali tengok.. Amek ko, dua-dua sekali ada. Ape lagi, beraturlah..haha. Point nak cakap, " doa senjata orang mukmin ".. 

* motip nak point-point bagai ?

Jemputlah masuk ke dalam Istana Hinggapku.. haha..
Karakter patung kayu berhidung panjang, tau kan siap dia ? ^_~


Fefeeling obersea.. Uwerrkk, muntah.. =P
muntah lagi..
7. Madagascar

Zone terakhir dalam USS ni, pun best jugak. Aku rase time ni memang waktu karakter buat show off la. Macam-macam lak yang keluar. Memang excited la kami semua.. Hehe..

Kami 4 sekawan.. Apa yang penting ? Kerjasama !
lion main cak, cak..
I like a move it, move it..
comel..
Geram tengok.. Nak beli tak mampu.. huhu
Geram lagi..
Dah tawaf 3 kali dalam ni, maka tamatlah kisah dekat USS ni. Overall, memang best and puas hati. Ade rezeki mungkin akan repeat lagi and nak fokus untuk main ride je. Takde gambar-gambar.. ha, boleh caye ke? hahaa.. Tepuk dada, ikut minat.. OK ?
Dalam pukul 6 petang macam tu, kami decide nak keluar je. Tengok ape yang best kat luar pulak. Macam-macam store ade kat luar ni. Hersey ade, Candylicious ade, senang citer, macam-macam ade la..


Dah siap amek plastik nak beli, tetiba terpikir.. HALAL ke jelly bean ni ? -_-'
Tipu ! puas peluk, tak dapat pun.
comey..
Dah puas pusing, memasing pun penat dah. Rehat sekejap dekat bangku-bangku yang ada sambil menungggu masa berlalu. Tepat pukul 7 malam, kami gerak turun ke station bas yang bas turunkan kami pagi tadi. Tak lama lepas tu, bas pun sampai dan bergerak pulang. Bye USS, Babai.. sob, sob..

Fuh, panjang citer. Semput mak !
Till the next ya !